1 hari 1 cerita; kawan baru fb
Penulis :
Nurliza Mohd Nasir
Zakiah Abd. Ghafar
Maryam Elyas
Lynn Dayana
Laila Kamilia
RM22
SINOPSIS
1 Hari 1 Cerita; Kawan Baru FB mengandungi 15 cerpen yang sesuai untuk adik-adik yang berusia 7-12 tahun. Pelbagai tema dipersembahkan seperti persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan dan cintakan negara.

Antaranya;

KAWAN BARU FB
“Mestilah Mila beritahu hal yang sebenar. Bukankah kakak dah pesan, kena jujur dalam persahabatan. Kalau kita tak tipu orang, maka orang pun tak tipu kita.” Begitulah prinsip berkawan yang Mila amalkan walaupun dia sedar, di alam siber, tidak semua orang jujur.

SESAT DALAM TERANG
“Mana mereka ni? Nak pergi cari dia orang ke?” tanya Rina. Wajahnya sudah kerisauan. “Mana kita tahu arah mereka pergi. Nanti kita sesat. Lagi susah. Kita tunggu mereka sejam lagi.” Hanani teringat dokumentari yang dilihatnya di televisyen. Jika sesat, jangan terus merayau. Nanti bertambah sesat jadinya. “Okey. Kalau dia orang tak balik juga?” Rina bertanya lagi.

Nak tahu kisah selanjutnya dan kisah-kisah yang lain? Jom baca 1 Hari 1 Cerita!
KATEGORI
KidsPrima
ISBN
978-967-0342-59-7
TARIKH TERBIT
24 September 2012
MUKA SURAT
168
BERAT
KOMEN
KALENDAR BUKU PRIMA