Siapa kata makaron hanya sekadar kuih? Ada cabaranlah kawan! Jom terokai pengembaraan Siti bersama rakan-rakannya Ana, Dahlia dan Badril dalam mencari bahan-bahan membuat makaron. Menarik lagi luar biasa! Hanya kejujuran dan kesungguhan menjadikan makaron lebih lazat. Bersusah dahulu, baru puas menikmati! Baca kisah ini untuk mengetahui kenapa Siti dipanggil Siti Makaron?