ADIK, JOM BACA ABC SAMA-SAMA.


Kanak-kanak sangat istimewa. Mereka bukan saja comel tetapi otak mereka dapat menyerap maklumat umpama span! Hebat, kan?

Ibu bapa harus mengambil peluang ini untuk mengajar dan mendedahkan mereka dengan pelbagai perkara. Selalulah berbual, menyanyi, membaca dan membuat aktiviti bersama-sama mereka.

Antara salah satu perkara yang boleh dipraktikkan bersama anak-anak untuk mengisi masa terluang adalah dengan menggunakan kad imbas atau flash card.

Apa yang menarik dengan kad imbas ini?

Alat bantu mengajar.

Ajar anak-anak mengenal ABC, 123 dan ا ب ت menggunakan kad imbas. Baca dan kenalkan objek mengikut huruf satu per satu. Lakukan secara kerap dalam jangka waktu yang sesuai. Maklum sajalah, fokus mereka tidak lama.

Ada pelbagai jenis kad imbas sama ada yang bergambar atau bersuku kata, kesemuanya mempunyai nilai tersendiri. Terpulang kepada ibu bapa yang membuat pilihan.

 

Contoh Kad Imbas Jom Belajar bersama Ummi iaitu Abjad, Alphabet dan Jawi.

Kemahiran kognitif.

Selain daripada berperanan sebagai alat bantu mengajar, kad imbas dapat meningkatkan kemahiran kognitif anak-anak yang membolehkan mereka berfikir, memberi pendapat, memahami dan sebagainya.

Kaitkan objek kad imbas dengan ruang di sekeliling kita supaya anak-anak dapat merasai kewujudan objek-objek tersebut.

Wujudkan sesi soal-menyoal. Adik, ini huruf apa? Ada berapa sudu yang adik pegang? Pasti anak-anak berasa seronok sekali gus dapat mempraktikkan apa yang mereka pelajari.

Teknologi AR (Augmented Reality).

Apa yang paling menarik, kad imbas ditambah nilai dengan elemen teknologi AR (Augemented Reality). Apa itu augmented reality atau AR? Boleh baca di sini http://bit.ly/2O0CofH 

Sudah banyak kad imbas interaktif dengan elemen teknologi AR (Augemented Reality) di pasaran. Satu perkembangan yang baik untuk anak-anak seiring dengan era teknologi.

 

Contoh Kad Imbas Jom Belajar bersama Ummi, apabila kad imbas diimbas menggunakan aplikasi Jom Belajar Bersama Ummi, akan muncul gambar 3D berserta audio yang boleh ditukar kepada suara kanak-kanak lelaki ataupun perempuan.

 

Terdapat juga aktiviti interaktif yang membolehkan anak-anak menulis bentuk huruf besar dan juga huruf kecil.

Walau bagaimanapun, ibu dan bapa perlu memainkan peranan dalam sesi pembelajaran supaya anak-anak mendapat manfaat yang positif kerana penggunaan gajet seperti peranti telefon mudah alih ataupun tab perlu diguna pakai untuk sesi pembelajaran ini.

 

Contoh kedua-dua belah kad imbas Belajar Abjad, Alphabet dan Jawi boleh diimbas dengan memuat turun aplikasi Jom Belajar Bersama Ummi secara percuma.

Semoga dengan pendedahan awal mengenai abjad dan nombor, anak-anak kita melangkah ke alam persekolahan dengan lebih bersemangat dalam era pendidikan yang semakin mencabar.

Semoga bermanfaat.




KALENDAR BUKU PRIMA
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.