Kids Prima mempunyai 4 aplikasi yang dibangunkan secara bersama dengan beberapa syarikat animasi, antaranya:


Omar Hana Plus
Supersquad Canggih
Jom Belajar Bersama Ummi
Didi & Friends Playbook
Untuk memuat turun aplikasi Augmented Reality (AR) tersebut, layari Google Play atau App Store. Kemudian, taip nama aplikasi yang dikehendaki.
Semua aplikasi ini percuma sahaja. Pengguna hanya perlu mendapatkan buku-buku atau poster terbitan Kids Prima yang mempunyai logo 3D AR untuk digunakan bersama aplikasi ini.
Muat turun seperti biasa, kemudian imbas muka surat yang mempunyai logo AR. Setiap logo adalah berbeza pada setiap buku. Arahan ringkas akan disertakan pada setiap buku AR.
Menariknya, apabila telefon berada dalam mode offline. Aplikasi ini masih boleh digunakan tanpa data internet.
Arahan ringkas akan diberikan di dalam setiap buku.

Jom belajar sambil bermain!



