ANTARA HOTEL PALING 'KERAS' DI MALAYSIA : ADA YANG BERANI BERMALAM DI AMBER COURT, GENTING HIGHLANDS?

Anis | 02-01-2020
Kredit gambar libur.com.my
Kredit gambar libur.com.my


Amber Court Apartment ni terletak 3 km berhadapan dan sedikit bawah First World Hotel, Genting Highlands. Apartmen ni terletak dalam Pahang, namun di belakangnya tidak sampai satu kilometer ialah sempadan negeri Selangor. Dikatakan apartmen ni setinggi 23 tingkat.

Apartmen ni dibina dan dijual secara freehold. Ada dua blok apartmen dengan jumlah unit yang banyak. Setiap unit dibina luas dari jenis studiohouse ke penthouse. Dengan view yang cantik, udara segar dan sentiasa berkabus, waktu awal siap ramailah yang beli.

 

Ramai beli untuk jadikan homestay dan weekend house. Yelah sebab dekat dengan Genting Theme Park kan. Jangkaan awal lokasi ni akan popular sebagai homestay meleset. Dari satu sumber mengatakan, pemilik asal pun ramai yang dah jual unit diorang dan dah tak duduk situ. Lama kelamaan apartmen ni  terabai.

Amber Court Apartmen sekarang

Apartmen ni sekarang kelihatan usang dari luar dengan warna lumut keperangan kesan cuaca lembab di puncak. Sekali pandang memang seram. Tak pasti apa masalahnya tapi boleh kata pengurusan yang lemah. 

Awal tahun ni, apartmen ni mula dibanjiri pekerja asing. Mungkin diorang baik pulih bahagian tertentu apartmen atau kerja sekitar Genting Highland. Malah dalam satu video menunjukkan ada rumah pelacuran di atas sana. Hal ni tak disenangi oleh beberapa pemilik unit apartmen yang masih ada dan mereka tuntut penjelasan dari pihak pengurusan.

Harga pun dah jatuh teruk serendah RM30,000 untuk unit studio. Unit lain ada dijual pada RM200,000. Berani beli? 

Untuk info lebih lanjut layari https://bit.ly/35dOlmY 

 

 

Amber Court sememangnya sebuah hotel yang terkenal dengan kisah-kisah seram.

Kes-kes paranormal dihadapkan kepada Zaim di dalam novel Hasutan Iblis. Zaim pula tiada masalah untuk menerima kes itu. Ini bukan kali pertama dia menyelesaikan kes sebegini. Setelah lama bekerja di bawah Zaim, Azhnita sudah semakin selesa bekerja dengan lelaki itu. Zaim tidaklah seteruk yang disangka. Nampak serius di luar tetapi boleh tahan juga jika lelaki itu berloyar buruk.

Zaim dan Azhnita bertolak ke Genting Highlands untuk melakukan siasatan. Sebaik sahaja sampai di sana, Zaim menyelak fail yang diserahkan kepadanya. Ketiga-tiga mangsa adalah perempuan. Tiada rekod yang menunjukkan mangsa mengalami masalah tekanan. Mangsa juga tiada masalah daripada segi kesihatan mental. Mereka datang untuk bercuti dan berehat. Semua mangsa menetap di bilik yang sama.

KALENDAR BUKU PRIMA