KISAH SERAM YANG BUAT ANDA TAKUT UNTUK STAY BACK DI PEJABAT


KISAH SERAM YANG BUAT ANDA TAKUT UNTUK STAY BACK DI PEJABAT

 

Malam Jumaat Di Pejabat

Nak mulakan cerita, cerita yg aku lalui ni hujung tahun 2015. Aku ni jenis orang yg bedal “overtime”, sedia maklum kerja banyak. Aku kerja sebagai “teknikal clerk” bahagian oil and gas. Biasanya yg ot dalam ofis tu yang perempuan cuma aku. Kat tempat kerja aku ni bila malam memang sunyilah. Lagi dalam ofis yg dengar cuma bunyi mesin fotostat yang bangun daripada tidur, dan bunyi deruan engine aircond.

Dan… pada satu hari Khamis malam Jumaat, jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Kebetulan hanya aku yg ot dalam ofis tu. Macam biasa aku buat kerja-kerja aku yg memanggil minta disiapkan. Yang dengar hanya selawat daripada speaker PC aku dan bunyi keyboard aku menaip. Tiba-tiba, aku dengar bunyi pintu terbuka.

Aku tengok mamat QC ni masuk. Org panggil dia Panjang sebab dia tinggi. Aku jarang berborak dengan dia. Kalau bercakap pun bila perlu. Masa dia masuk ofis tadi, bukan dia aje yang masuk tapi dia masuk dengan bau wangi bunga yang pekat sampai sakit hidung aku. Dalam hati takkanlah mamat panjang ni nak sembur perfume perempuan pula. Aku pun diam aje sambung buat kerja.

Aku tengok mamat panjang tu duduk diam aje kat tempat dia tak ada buat apa. Aku nak tegur macam malas sebab fikir nak siapkan kerja. Hampir setengah jam rasa macam tak sedap hati sebab mamat tu diam aje macam tadi tak bergerak. Aku pun tegurlah dia.

Aku : Jang, kau ot ke? Balik pukul berapa ni?

Panjang: Krik… krik… krik, pandang depan aje tanpa jawab soalan aku.

Aku: Sambil ketuk meja aku “Rasa macam cakap dengan dinding.”

Aku ni jenis cepat panas hati kalau aku tanya orang tak jawab.

Panjang: Aku tak balik...

Aku mula rasa seram sebab dia jawab tapi macam bukan suara dia. Walaupun aku seorang yang berani hati ni menggelodak rasa tak sedap sebab dah rasa lain macam. Bau wangi daripada si Panjang ni makin lama, makin menusuk nusuk hidung aku. Aku yang sejak tadi rasa tak sedap hati mula tukar fikiran nak siap-siap kemas barang dan balik.

Tengah kemas beg, tiba-tiba mesin fotostat yang letaknya sebelah meja aku bunyi dan keluar kertas daripada perutnya. Seolah-olah ada orang tengah print. Aku dah pelik sebab dalam ofis tu ada aku dengan Panjang aje. Print tak berhenti, aku bangun pergi dekat mesin tu dan tekan button ‘check monitor’ niat hati nak tengoklah nama PC siapa yang print tu. Alangkah terkejutnya aku bila tengok status tu kosong! Maknanya tak ada org yg print. Aku kuatkan lagi semangat nak tengok kertas yang keluar tu. Bila aku tengok kertas tu kosong aje.

Aku toleh tengok Panjang dia dah tak ada. Mana dia pergi? Kalau dia keluar mesti dengar bunyi pintu. Masa tu lah baru aku rasa seram, seseram… seramnya. Aku ambik beg dan lari keluar dari ofis macam orang tak cukup kaki. Rasa nak nangis semua ada. Dalam perjalanan balik aku buka radio kuat-kuat, tekan minyak kemain laju. Sampai rumah mak tegur kenapa pucat, aku cuma jawab tak ada apa-apa.

Esoknya, aku ceritalah kejadian semalam kat member aku sorang ni. Dia terkejut sebab Panjang tengah cuti balik kampung. Aku punyalah takut waktu tu. Siapa dengan aku malam semalam? Sampai sekarang aku tak dapat jawapan. Dan sejak kejadian tu, aku tak pernah ot sorang lagi waktu malam. Aku takut kejadian sama berulang. Kalau ot pun bila ada teman.

Sekian.

 

Dikejar Kelibat Di Pejabat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk yang bukan beragama Islam. Ni aku nak ceritakan satu kisah seram yang diceritakan oleh kawan aku. Masa duk melepak-lepak, kami open la pasal kisah-kisah seram. Kawan aku ni cerita kat pejabat dia ada terjadi satu kes.

Anuar ni kerja pejabat. Dia kerani je, dan esok tu dia nak bercuti. So, dia pun nak siapkan la semua kerja-kerja filing, surat ke benda sebelum nak bercuti panjang. Masa tu dah petang, dekat pukul 6.00 lebih. Kebanyakan orang kat pejabat tu dah balik. Ada la sorang dua, masih stay lagi. Anuar ni pulak kena fotostat dokumen-dokumen, susun dan stapler untuk mesyuarat hari dia cuti nanti. Sedang dia tengah fotostat tu, ink mesin fotostat pulak habis. Anuar ni tanya la kat akak kat situ.

“Kak Sah, ink mesin ni dah habis. Camner ni? Tukar ink boleh?”

“Ko gi jer print dekat library tu, kat sana banyak lagi ink dengan kertas. Cuma jangan lupa tutup lampu lepas keluar library tu. Akak ngan kak Su nak balik dah ni,” kata kak Sah.

Kat aras pejabat Anuar ni ada satu bilik dijadikan library. Dia orang letak meja kerusi banyak-banyak pastu letak la buku-buku rujukan, surat khabar (konon pekerja nak buat rujukan, baca-baca buku, padahal jadi port tidur waktu lunch hour). Si Anuar ni pun dengan berani pergi la library nak fotostat baki dokumen-dokumen tu. Sebab dia kena buat banyak salinan, dia letak aje dalam tray dan biar mesin tu fotostat. Sambil-sambil tu dia duduk atas kerusi sambil letak kepala tengok mesin fotostat tu. Alih, dia TERTIDUR!!

Sedar-sedar jer, dah pukul 8.00 lebih. Ah, sudah, maghrib ke mana, kerja ke mana. Dia tengok mesin fotostat “PAPER JAM, PLEASE OPEN TRAY & REMOVE”. Dia buka tray, takde pulak kertas sangkut. Tetiba dia terpandang kat penjuru library, ada susuk tubuh orang tengah berdiri kat celah-celah rak buku. Dia nampak rambut aje panjang dengan tangan kat sisi tubuh tu. Terus Anuar cabut lari keluar dari library. Dalam terketar-ketar tu Anuar tepaksa masuk balik pejabat dia sebab passcard dia tertinggal atas meja.

Dia masuk cepat, buka lampu tengah kat partition meja dan terus lari ambil passcard. Baru jer dia berpaling nak cabut keluar, dia nampak kelibat tadi kat depan meja berhadapan meja dia tu. Kaki Anuar waktu ni seolah-olah terpaku tak dapat gerak. Kelibat tu pusing menghadap Anuar perlahan-lahan. Anuar nampak la rupa benda tu; putih pucat, rambut panjang sampai pinggang dengan mata terbeliak dan mulut senyum menyeringai kat si Anuar ni. Tetiba, dalam kepala Anuar terlintas satu, LARI!!

Terus dia cabut sambil benda tu mengilai-ngilai kat belakang dia. Masa dia lari dia rasa macam benda tu terbang ikut dia dari belakang. Anuar terus keluar pintu, scan passcard masuk pintu dan tekan lif. Terketar-ketar depan pintu lif, lif pulak buat hal!! Sampai jer lif, lampu dalam lif tak menyala. Nak turun tangga takut, terus dia masuk sambil tekan (Basement). Dalam gelap terketar-ketar tu dia macam rasa ada orang kat belakang dia dalam lif tu waktu turun sebab rasa macam helai-helai rambut dekat lengan dia.

Buka aje pintu lif, terus Anuar lari ke motor, lompat naik, start dan terus pulas minyak. Balik rumah, terus dia demam panas. Rupa-rupanya kat pejabat tu memang keras sikit, dan orang kat situ kalau nak balik lewat, OT ke, mesti beramai-ramai. Esoknya kena marah dengan bos dan Kak Sah sebab dokumen tak siap, tak tutup lampu library dan lampu dalam pejabat.

 

Pengalaman OT

Pada tahun 2012 aku berkerja di sebuah organisasi yang menguruskan hal ehwal dan kebajikan masyarakat. Kisah ni berlaku seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Pada pagi itu kita orang ada meeting dekat bilik bos. Ada perubahan choice of words sebab dah lama sangat tapi maksudnya tak lari dari yang asal.

Bilik Bos (Encik Adha)

Encik Adha: Esok sumbangan kena diedarkan kepada orang kurang mampu. List nama penerima sumbangan dah siap ke Aruna?

Aruna: Encik Adha, dalam proses nak completekan. Sebelum pukul 4.00 akan siap.

Encik Adha: I dah bagi you masa kan, esok program tau baru nak siapkan?
Kak Zaiton : (Senior clerk) Encik Adha, kami akan membantu Aruna.

Time tu hanya Tuhan aje tau perasaan aku. Dahlah masuk tak sampai satu bulan, tetiba dibagi task sedemikian. Kena marah lagi. Aku hanya mampu bermonolog sendiri, ‘habislah’.

Masa semakin berjalan. Namun senarai nama penerima bantuan masih belum kusiapkan. Asyik kena reject aje setiap helaian. Alasan bos aku font tak betul, saiz tak standard, allignment lari, spacing tak betul dan sebagainya. Tapi nama pun dah bos kan. So bos biasa betul. Begitulah aku fikir pada masa tu. Jam menunjukan pukul 5.40 petang, Kak Zaiton keluar dengan handbag dan kunci keretanya. Masa tu aku masih duduk menghadap komputer.

Kak Zaiton: Aruna maafkan akak. Nie kena fetch husband dari officenya. Kereta dia breakdown. Kalau akak sempat akak akan datang ya.

Aku: (Tersedak kejap tapi dah situasi tak dapat dielakan apa nak dikatakan) Takpe la kak, I boleh je.

Kak Zaiton: Apa apa call tau. Hati hati tau.

Aku: Ye la kak…

Lepas Kak Zaiton balik, Encik Adha pula keluar dari biliknya dengan beg dan kotnya. Sempat pula berpesan ‘siapkan dan e-mel kat I tau. Jangan ada salah silap lagi’. Aku hanya mengangguk. Kini aku keseorangan dekat pejabat tu. Pintu telah selamat dikunci. Aku pasang lagu kat PC. Sambil melayan lagu, aku memulakan tugasan aku kembali. Ada fail fail lama yang kena rujuk untuk type ikut kawasan dan dun.

Dekat luar hari dah semakin dimakan masa. Sesudah siap aku send ke e-mel Encik Adha tetapi kena reject lagi! Jauh dilubuk hati hanya sumpah seranah aku dapat lontarkan ke atas diri sendiri kerana aku yang sanggup volunteer Kak Zaiton untuk siapkan senarai nama ini. Jam dinding menunjukkan pukul 7.30 malam. Ketakutan mula dirasai sebab kat tingkat nie cuma aku yang available sekarang. Aku terpaksa menyiapkan semula sehingga ia menepati kehendak bos aku. Aku mencapai telefon bimbitku untuk call ayah tetapi lagi sakit hati apabila mendapati talian komunikasi masa tue no line. Nak guna telefon pejabat macam parahnya sebab bos aku dia restrictkan panggilan keluar. Hanya telefon kat biliknya boleh buat outgoing call.

Tak ada cara lain la nampaknya. Kena habiskan dulu dan baru keluar. Terpaksa la siapkan juga. Aircond suhunya aku turunkan dulu memandangkan aku aje dalam pejabat. Selang beberapa minit aku mula merasakan kesejukannya, seolah-olah kedua-dua aircond masih on padahal satunya sudah ditutup. Pada masa itu aku masih bersangka baik memikirkan kemungkinan hari nak hujan. Tetapikan apa kau orang akan fikir jika lagu PC korang berhenti tetiba. Ko rasa?

Aku mula merasakan something is not right. Bos pula sibuk dengan amendementnya melalui e-mel. Nak kena siapkan juga nampaknya. Aku onkan lagu dalam handset. Sekurang kurangya adalah peneman. Aku mengerling pada jam dinding dan waktu menunjukkan sudah pukul 8.20 malam. Untuk pengetahuan ko orang, meja aku berhadapan bilik Kak Zaiton dan berdekatan dengan pintu masuk. Sedang aku concentrate dalam menyiapkan senarai nama tersebut, tetiba aku terperasaan sesuatu yang berwarna putih melintasi pejabat kami di luar. Kat luar tu dah gelap, mesti nampak apa apa yang lalu.

Sedang aku concentrate nak taip semula, tetiba mata aku terpandang semula warna putih itu bergerak perlahan melintasi pejabat. Aku mengalihkan tangan dari keyboard dan berdiri sekejap memandang ke arah pintu. Aku tau ‘something was really not right’. Selang beberapa minit mata aku terpandang semula kat luar dan mendapati pergerakanya semakin perlahan dan ia berhenti betul-betul depan pintu masuk pejabat kami. Pada saat itu otak aku tak dapat bersangka baik lagi. Aku dengan pantas duduk semula tapi kat bawah bukan di kerusi lagi. Segala mantera pelindung waktu tu pulak boleh aku lupa..

Aku cuba mencapai handset semula namun kali ini line dia amat perlahan naik. Walaupun kesejukan kat dalam tu dah tahap menggigil, tetapi peluh mula membasahi mukaku. Aku cuba bangun perlahan untuk tengok balik kat depan. Tak ada apa apa pulak. Hairan aku.
Saat aku memikirkan tak ada apa apa lagi, tiba tiba kedengaran suara menangis dari pantri belakang!. Suara menangis tu sungguh sayu. Lampu florosent sepanjang laluan ke pantri telah ditutup oleh Encik Adha tadi. Pada mulanya suara itu kedengaran perlahan sikit. Tetapi lama-kelamaan ia bergema kat pantri belakang! Tak nak aku tunggu lagi. Tak tahan aku nak menghadapi gangguan sedemikian. Katakan kalau benda tu muncul kang.

Lantaklah kena marah esok janji selamat hari ini. Time aku nak keluar, meremang bulu romaku seolah olah aku diperhatikan dari dalam. Aku terus berjalan ke lif tapi fikir juga kalau terserempak kang dengan “apa apa”.. So aku buat keputusan untuk merempuh aje apa yang muncul. Lif pulak slow gila masa tu. Aku berlari ke bawah guna tangga sambil membaca doa pendinding. Last-last selamat juga sampai ke bawah. Naik kereta reverse nak keluar parking. Mataku sempat memandang ke pejabat kat tingkat berkenaan dan ko orang tau pejabat tu gelap, seolah-olah lampu lampu telah ditutup padahal aku tak sentuh pun suis.

Aku tau akibat kerana tak siapkan kerjakan tetapi kalau fikir antara kerja atau nyawa, nyawalahkan?

Tamat.

 

Pejabat Peribadi

Salam sejahtera. Aku Mona, tapi bukan Mona Fendi. Aku cuma nak cerita pasal tempat kerja aku ni. Aku kerja sebagai seorang pembantu peribadi orang kaya. Orang kaya ni bukan muslim, dan bukan pula India.

Macam biasa, siapa yang pernah bekerja dengan orang Cina dan pernah singgah ofis-ofis orang kaya Cina, mereka akan faham. Pejabat orang Cina, terutamanya yang sangat mementingkan religion, memang akan ada banyak patung-patung tuhan. Samalah macam dekat ofis yang aku kerja.

Memandangkan aku kerja sebagai pembantu peribadi di pejabat peribadi, maka staf memang tak ada melainkan aku seorang. Dulu ada juga seorang kerani, tapi dah resign atas sebab musabab sendiri. Jadi, nak dijadikan cerita, aku memang sendirian di pejabat peribadi ni.

Aku ulang lagi sekali, pejabat ni bukan pejabat perniagaan yang ada admin, akauntan, manager dan sebagainya. Ini adalah pejabat peribadi yang cuma ada seorang atau dua orang pembantu peribadi untuk uruskan jadual bos dan pembuat pengurusan bil-bil dan akaun peribadi bos. Itu saja.

Alkisah, selepas kerani berhenti. Tinggallah aku seorang di pejabat ni. Pejabat ni letaknya di kawasan perkilangan lama. Kilang lama dekat sini ada yang beroperasi, ada yang tak. Agak sunyi juga kalau kilang besar depan pejabat ni tak beroperasi.

So, ringkas cerita, kawasan pejabat ni terletak di kawasan kilang yang lama, sunyi, dan pejabat ni pun sebenarnya area kilang cuma dah renovate sikit bagi elok. Dan, di pejabat dan area yang sunyi ini, aku akan masuk kerja setiap jam 9.00 pagi sampai petang. Bayangkan…

Kadang-kadang bos aku masuk. Kadang-kadang tak. Bilik ofis aku menghadap bilik stor yang memang kita orang tak bukak lampu pun. Melainkan nak cari fail atau barang lama aje. Ofis bos aku kena naik tangga lagi dekat area tingkat atas. Ofis bos aku ni ada banyak patung-patung keagamaan dan kepercayaan dia orang. Dan bagi yang tak biasa memang akan nampak seram sikit.

Aku bukan cakap besar, tapi luckily aku biasa dengan tempat-tempat macam ni. Dulu first time kerja pun aku selesa bekerja dekat area ofis yang tak ramai orang, sebab aku memang tak berapa suka ofismate ramai-ramai. Banyak mengumpat dari buat kerja.

Nak dijadikan cerita, disebabkan aku selalu bersendirian di ofis, jadi aku memang banyak selfie, video recording, main tiktok, main smule, main game dan sebagainya. Memang selalu sangat sebab…. Yelah! Nama pun takde orang. Krik krik aku sembilan jam dekat ofis macam ni. Kerja pun bukan banyak, eloklah sesuai dengan gaji yang ala-ala kadar.

Setiap pagi dalam jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi macam tu memang akan ada seorang aunty cleaner datang bersihkan ofis. So time tu je ada teman.

Satu hari tu, masa aunty cleaner ni sedang mengemas, tiba-tiba ada bunyi barang jatuh dari bahagian stor depan bilik ofis aku ni. Terperanjat aunty cleaner tu, muka dia tengok aku pun pucat lesi.

Aunty okey tak?” Aku tanya. Pastu dia akan jawab, biasalah tempat-tempat macam ni memang akan ada. Mona jangan takut tau. Siap pesan lagi. Padahal aku rileks aje. Dia yang gelabah.

Aku biasa dengar bunyi guli dekat ofis, biasa dengar pintu tutup dan buka sendiri, biasa dengar bunyi barang jatuh, biasa dengar tapak kaki kena ikut dan banyak lagi. Takut gak aku nak cerita, sebab time type citer ni pun aku kat ofis ni. Hahaha…

So, nak jadikan cerita memang benda tu adalah mengusik. Cuma aku tak sure perasaan aku aje atau betul-betul dia mengusik. Sampailah satu hari tu, aku sibuk nak berselfie sebab nak hantar gambar kat boyfriend aku. So, aku carilah background ofis yang ala-ala ofis sikit. Aku ambik keputusan untuk selfie berbackground pintu bilik ofis aku. So daripada pintu boleh nampak bahagian cermin bilik stor.

Bila aku tengah adjust-adjust camera nak dapat shoot paling flawless, tiba-tiba… Dekat bahagian belakang aku, area pintu, ada berdiri seorang lelaki berbaju kemeja peach tanpa kepala. Aku nampak jelas dada bidang dia, lengan dan bahu miliknya. Memang takut dia punya level macam level lawan ketua dekat Game Contra tau tak? Macam kalau kau main Game Yuri Revenge tu, kau punya tempat tu dah 90% hancur kena bom. Tapi… Entahlah! Tak sempat proses apa-apa, handphone kat tangan terjatuh. Aku gugup dan ketakutan. Cepat-cepat ambik phone aku kat lantai dan tengok pintu tu.

Eh! Dah takde orang.

Jeng.. Jeng.. Jeng…

Kau orang rasa???

Lepas kejadian tu, agaknya dalam sebulan gak la aku tak selfie kat ofis. Tekun aku buat kerja sendiri. Nak resign aku rasa susah sangat nak cari kerja lain. So, aku decide stay dan banyakkan amal. Dulu masuk kerja sini, aku malas solat, sekarang aku solat aje kat bilik ofis aku ni. Lantaklah! Untuk aku agama aku, untuk kau agama kau.

Lepas setahun, masa tengah kemas-kemas ofis bos aku, aku perasan di sebalik patung-patung tuhan dia, ada satu box yang berbalut kain. Aunty cleaner tak bagi aku bukak balutan kain tu, dia cakap setiap minggu mereka akan tukar darah kambing yang dia orang simpan dalam tu. Aku pun tak sure untuk apa.

So, aku bertawakkal, aku cuma datang untuk mencari rezeki. Lebih dari tu, mohon jangan ada yang mengganggu.

Kredit Sumber : https://www.facebook.com/fiksyenshasha/

 

* Macam-macam kisah seram yang sering berlaku di ofis. So, kau orang yang stay kat ofis sampai lewat malam tu, hati-hati, takut ada yang memerhati.

Nak banyak lagi kisah seram yang lebih menarik, boleh dapatkan Projek Seram Ofis terbitan Buku Prima. Gandingan tiga orang novelis seram, iaitu Naim Tamdjis, Noorfadzillah & Julie Jasmin.

BUKU BERKAITAN



    KALENDAR BUKU PRIMA
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.