Kematian Itu Rahsia ALLAH




Kematian adalah rahsia ALLAH. Umat Islam dituntut untuk sentiasa bersedia hadapi mati kerana sememangnya hidup di dunia ini adalah singkat dan bersifat sementara.

Selepas mati, kita akan hidup di alam kubur dan seterusnya hidup yang kekal abadi adalah di akhirat kelak. Apabila sampai waktunya, kita akan pergi jua ke alam abadi untuk menemui ILAHI.

Cara kematian dan bila itu menjadi rahsia yang Maha Berkuasa. Malah, sakit dan tua bukanlah syarat untuk mati, ada juga yang meninggal tanpa sebarang sakit, umurnya habis sewaktu tidur dan sebagainya.

Demikianlah hakikatnya...

 

Berikut adalah tanda-tanda kematian yang hanya difahami dan dirasai oleh orang-orang tertentu sahaja.

100 Hari Sebelum Kematian

Tanda-tanda ini lazimnya setelah masuk waktu Asar, iaitu seluruh tubuh akan terasa menggigil dari ujung rambut sampai ujung kaki.

Tanda-tanda kematian ini akan terasa nikmat bagi orang yang tinggi keimanannya, sekali gus dapat menerima bahawa ini adalah isyarat daripada ALLAH tentang ajal sudah dekat. Tetapi bagi yang tingkat keimanannya rendah, kadangkala mereka ragu-ragu dan bahkan ada yang tidak sedar bahawa ini isyarat kematian daripada ALLAH SWT.

40 Hari Sebelum Kematian

Tanda-tanda kematian ini juga muncul setelah masuk waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut. Itu pertanda bahawa daun yang tertulis nama kita dari pohon yang terletak di Arshy ALLAH SWT telah gugur.

Lalu malaikat maut mengambil daun tersebut dan segera membuat persiapan. Antaranya malaikat mulai mengawasi kita setiap saat. Sesekali malaikat maut menampakkan dirinya kepada orang yang akan dicabut nyawanya dalam bentuk manusia dan seketika itu pula orang itu akan terasa terkejut dan bingung melihat malaikat maut.

7 Hari Sebelum Kematian

Tanda ini muncul setelah masuk waktu Asar. Tanda-tanda kematian ini hanya diberikan ALLAH terhadap orang yang diuji ALLAH dengan sakit. Biasanya orang yang sedang sakit dan tidak berselera makan, tiba-tiba ingin makan. Ini merupakan isyarat daripada ALLAH bahawa kematian memang benar-benar sudah dekat.

3 Hari Sebelum Kematian

Pada suatu saat akan terasa denyutan di tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda-tanda kematian ini dapat dirasai, maka sebaik-baiknya berpuasalah kita ketika itu. Supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan orang lain untuk memandikan jasad kita.

Setelah itu pula, mata hitam kita tidak bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya perlahan-lahan akan masuk ke dalam. Ini dapat dilihat dengan jelas sekiranya dilihat dari sisi tubuh kita. Telinga akan layu dan beransur-ansur masuk ke dalam. Tapak kaki juga akan beransur-ansur lurus ke depan dan sukar untuk ditegakkan lagi.

1 Hari Sebelum Kematian

Tanda-tanda kematian ini juga terjadi setelah waktu Asar. Kita akan merasakan denyutan di bahagian ubun-ubun kepala. Ini menandakan kita sudah tidak sempat lagi melihat waktu Asar keesokan harinya.

Sumber artikel: liputan6.com, says.com

Sumber foto: Google

KALENDAR BUKU PRIMA