BAGUSKAH AR (AUGMENTED REALITY) UNTUK PEMBELAJARAN ANAK-ANAK?


Augmented reality (AR) dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai realiti berperantara.

Augmented Reality (AR) adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh telefon bimbit atau komputer di mana objek visual yang ada pada buku atau apa jua bahan bercetak akan menghasilkan pemandangan sebenar yang kelihatan di paparan skrin.

Hasilnya, pengguna dapat memandang dunia sebenar melalui skrin komputer atau telefon. Dan mereka akan mendapati seolah-olah visual tersebut wujud secara realiti.

Perkembangan teknologi sekarang menyebabkan banyak buku-buku di pasaran menggunakan teknologi ini. Tidak kira buku pendidikan, buku teks, buku cerita dan buku kanak-kanak akan menggunakan teknologi AR ini.

Berikut adalah contoh buku cerita bergambar interaktif yang pertama di Malaysia yang mempunyai AR iaitu buku cerita bergambar Didi & Friends.

Gambar daripada buku Cerita Bergambar Didi & Friends (AR)

 

Pendidikan yang efektif dan menarik.

AR boleh menjadi salah satu cabang pendidikan yang efektif kerana penerangan dan gambaran secara realiti dan jelas dapat divisualkan kepada anak-anak.

Sebagai contoh, Buku Belajar Solat Bersama Ummi: Panduan Lengkap Lelaki & Perempuan mempunyai 3D AR.

Anak-anak bukan sahaja mampu membaca sendiri tetapi dengan penggunaan aplikasi AR anak-anak yang kurang lancar bacaan, yang ingin betulkan bacaan mampu mendengar bacaan solat dengan jelas. Boleh diulang-ulang beberapa kali. Mudah, cepat dan efektif kan?

Gambar daripada Buku Belajar Solat Bersama Ummi: Panduan Lengkap Perempuan.


Memupuk minat membaca

Aplikasi yang digunakan mampu memupuk minat anak-anak untuk membaca. Jika sebelum ini anak-anak hanya diberikan buku dan diminta membaca sahaja setiap cerita yang ada. Pasti anak-anak cepat berasa bosan.

Tetapi dengan penggunaan aplikasi ini, anak-anak akan jadi lebih bersemangat untuk membaca. Kerana, secara tidak langsung aplikasi AR ini mampu memberikan ‘hadiah’ untuk anak-anak supaya gembira membaca.

Ibu dan bapa tidak perlu lagi memaksa anak-anak untuk membaca kemudian memberikan ‘hadiah’ telefon kepada mereka. Tetapi mereka boleh membaca sambil menggunakan telefon.

Logo aplikasi AR Kids Prima : Omar Hana Plus, SuperSquad Canggih, Jom Belajar Bersama Ummi dan Didi & Friends Playbook.

Memberikan pengalaman yang menarik.

Bagi anak-anak yang baru belajar, ini merupakan satu pengalaman yang menarik buat mereka. Mereka dapat belajar dan meneroka kandungan pembelajaran secara tidak langsung.

Contohnya, anak-anak bukan sahaja boleh belajar membaca tetapi dalam masa yang sama anak-anak mampu bermain permainan interaktif, belajar, menari dan berjumpa watak-watak kegemaran mereka secara realiti.

Gambar daripada buku Cerita Bergambar Didi & Friends (AR)

Merangsang deria motor kasar.

Penggunaan aplikasi AR ini bukan sahaja mampu merangsang minda tetapi boleh juga merangsang deria motor kasar anak-anak. Penggunaan jari dan gerakan tangan melatih anak-anak secara tidak langsung.

Ibu dan bapa, gajet dan teknologi tidak salah, yang salah adalah bagaimana cara kita mendedahkan teknologi kepada anak-anak.

Semoga anak-anak kita berjaya dunia dan akhirat.




KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.