PANDUAN GUNA INTERNET UNTUK KANAK-KANAK SEMASA PKP




Penggunaan peranti mudah alih di kalangan anak-anak pada masa kini adalah sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan. Apatah lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan sekarang. Masa anak-anak memang sepenuhnya di rumah. Internet menjadi bahan untuk mereka mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan. Namun, adakah kita tahu apakah kandungan yang diakses oleh anak-anak kita di internet?

Syarikat keselamatan internet, Kaspersky baru-baru ini telah melaporkan di dalam kajiannya bahawa anak-anak di rantau Asia Tenggara lebih cenderung menggunakan internet untuk tujuan mendapatkan kandungan hiburan seperti muzik, video dan juga muat turun aplikasi. Manakala untuk permesejan dalam talian pula, jumlah peratusannya lebih rendah jika berbanding penggunaan yang dinyatakan tadi.

Buat masa ini, lebih ramai anak-anak di rantau kita menggunakan internet untuk tujuan menonton siri-siri televisyen dan filem seperti Game of Thrones (eh?) dan Avengers berdasarkan laporan dari Kaspersky Safe Kids tahun 2019.

Sebagai ibu bapa, kita harus memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan anak kita di dalam rumah agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan Internet ke arah yang tidak sihat.

Ada beberapa penduan yang boleh diikuti:

Semoga virus Covid-19 segera terhapus dari muka bumi dan anak-anak kita dapat bersekolah dan meneruskan pembelajaran seperti biasa.

 

Sumber: Digital News Asia

 

TOP 3 SERAM
TOP 3 THRILLER
TOP 3 KIDS PRIMA
    KALENDAR BUKU PRIMA