MOMO CHALLENGE KEMBALI; Kali Ini Tikam Leher Pula

Cik Ilham | 27-02-2019


Setelah kian lama menyepi, nampaknya MOMO CHALLENGE kembali lagi.

Baru-baru ini di Argentina, seorang budak berumur 8 tahun telah tercedera setelah mendapat arahan dari Momo agar mencederakan dirinya dengan pisau.

"Momo suruh anak saya ke dapur ambil pisau dan tikam lehernya," cerita ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Dalam kejadian lain, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut selepas bermain permainan tersebut.

Menurut bapanya, kanak-kanak itu telah menggantung diri setelah bermain permainan tersebut.

Bagi anda yang masih belum mengetahui mengenai permainan ini, MOMO CHALLENG boleh diakses menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. Berikut adalam 5 fakta yang perlu anda tahu mengenai MOMO CHALLENGE

Momo Challenge mula dapat perhatian meluas sejak kebelakangan ni. Pihak berkuasa seluruh dunia telah pun mengeluarkan amaran kepada ibu bapa kerana cabaran ini dikatakan mengalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Adakah korang tahu apa sebenarnya yang dikatakan Momo Challenge ni?

Berikut 5 fakta tentang isu viral ini.

1. Berasal Dari Jepun

Karakter Momo merupakan hasil karya seniman Jepun. Namun begitu, seniman yang menghasilkan karya ini tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Momo Challenge yang dikatakan mengancam masyarakat.

2. Masih Dalam Siasatan

Pihak polis masih menyiasat siapa dalang disebalik kejadian ini. Permainan di mulai dengan menambahkan nombor Whatsapp Momo dan kemudiannya akan memberi cabaran demi cabaran untuk dilakukan.

Nombor Whatsapp Momo didapati berasal dari Columbia, Jepun dan Mexico.

3. Masyarakat Dinasihatkan Untuk Berhati-hati

Pihak polis menasihatkan agar masyarakat tidak berinteraksi dengan akaun-akaun yang menggunakan foto Momo, terutamanya dari tempat challenge ini berasal.

Ibu bapa juga digesa untuk mengawasi anak-anak yang menggunakan media sosial kerana Momo Challenge ni memang aim pada remaja belasan tahun.

 

4. Berleluasa di Amerika Selatan dan Jepun

Berdasarkan akaun twitter @siemensi1, Momo Challenge menggunakan nombor dengan kod +57, +81 dan +52.


Momo akan membalas dalam Bahasa Sepanyol dan menghantar gambar-gambar aneh. Setiap hari, Momo akan mencabar dan akhirnya berterusan hingga pujukan untuk bunuh diri.

5. Mangsa Korban

Menurut Buenos Aires Times, Momo Challenge didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Mengsa ditemui gantung diri di pohon halaman belakang rumah dan dikatakan sebelum membunuh diri, dia telah merakam aksi tersebut menggunakan smartphone.

 

KALENDAR BUKU PRIMA