BENARKAH DARI MATA TURUN KE HATI?




WUJUDKAH CINTA PANDANG PERTAMA?

 

 

Kita pernah mendengar istilah ‘cinta pandang pertama’ yang lazim digunakan sebagai resipi kejayaan sesebuah filem dan drama genre cinta.

Tidak ketinggalan, dalam kehidupan kita juga ramai yang mengakui jatuh cinta pada pandang pertama sebagai perasaan cinta yang paling membahagiakan.

Sama seperti kisah cinta Romeo dan Juliet di mana kedua-dua watak itu bertemu dalam satu majlis yang diadakan di rumah keluarga Capullet. Mereka ditakdirkan bertemu ketika masing-masing sedang melihat akuarium ikan. Saat itulah mereka merasakan telah jatuh cinta pada pandangan pertama. Menarik bukan?

Namun anda satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of the International Associations for Research Research sains menyifatkan cinta pandang pertama hanya bersifat nafsu berbanding ‘cinta sebenar’ dan jarang bertahan lama.

Penyelidik menggunakan 3 platform penyelidikan, termasuk kajian makmal, kajian dalam talian dan pemantauan terhadap beberapa temu janji.

Kajian ini melibatkan 400 orang di Jerman dan Belanda sebagai subjek kajian.

Terdahulu, penyelidik melaporkan sama ada subjek mempunyai pengalaman cinta pada pandangan pertama atau tidak.

Subjek penyelidikan juga menyatakan faktor-faktor yang membuatkan mereka tertarik kepada seseorang. Selain itu, mereka juga diminta untuk memberikan gambaran mengenai perasaan mereka terhadap konsep keintiman, minat fizikal, komitmen dan keghairahan.

Keputusan menunjukkan 32 subjek penyelidikan mengalami cinta pada pandangan pertama, bagaimanapun tiada hubungan kukuh antara perasaan dan komitmen serta keintiman. Cinta pada pandangan pertama seolah-olah sekadar menilai seseorang itu dari segi fizikal yang menarik.

“Cinta pada pandangan pertama yang ditemui pada subjek kajian tidak diiringi keghairahan yang tinggi, keintiman, mahupun komitmen. Itu hanya didorong oleh daya tarik fizikal sahaja,” tulis kajian itu.

Tambahan pula, penyelidik di Universiti Groningen, Belanda berkata cinta pada pandangan pertama lebih kepada daya tarikan awal yang kuat.

Seorang pakar psikologi hubungan, Caitlin Bergstein, menyokong hasil kajian itu.

Beliau mendakwa, cinta pandang pertama hanya reaksi biologi terhadap hawa nafsu dan daya tarikan yang akan pudar serta-merta selepas tempoh waktu tertentu, biasanya jangka pendek.

Namun, ia tidak bermakna cinta pada pandangan pertama adalah 100% berlandaskan tarikan fizikal sahaja.

Menurut Bergstein, Cinta Pandang Pertama juga boleh menjadi fasa awal kepada cinta sejati.

Jadi, Min rasa biarlah rasa cinta itu datang setelah kita benar-benar mengenalinya. Bukan apa, takut juga jika sekali pandang, terus suka tapi rupa-rupanya sejenis dengan kita. Zaman sekarang ni macam-macam kes! Min bimbang sangat…

 

Kredit:freemalaysiatoday

 

 

 

KALENDAR BUKU PRIMA