KENALI CARA PEMBELAJARAN ANAK ANDA. TIADA YANG BETUL ATAU SALAH PUN.




Setiap kanak-kanak mempunyai pendekatan dan teknik pembelajaran yang unik dan berbeza. Walaupun hal ini demikian, sistem pendidikan sekolah hanya menggunakan satu cara sahaja untuk menyampaikan ilmu. Ini mungkin sebab mengapa sesetengah kanak-kanak menghadapi masalah untuk memahami apa yang diajar di sekolah.

Terdapat pelbagai cara untuk mempelajari sesuatu, tetapi hari ini kita hanya akan menyentuh 6 jenis sahaja:

1. Secara lisan

Pelajar jenis ini gemar belajar, tak kira dengan mendengar ataupun membaca. Mereka mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. biasanya mempunyai memori yang sangat baik.
  2. akan membaca dan menulis semula nota-nota mereka.
  3. suka membuat senarai dengan kata kunci apabila belajar.

2. Secara logik

Pelajar yang belajar menggunakan teknik ini sangat mahir dalam penaakulan matematik dan logik. Mereka boleh menyelesaikan masalah nombor dengan mudah. Ciri-ciri mereka ialah mereka:

  1. gemar permainan strategi.
  2. Suka memahami sebab di sebalik jawapan.
  3. Memberi tumpuan kepada statistik.

3. Secara sosial

Prestasi kanak-kanak yang belajar secara sosial akan bertambah baik apabila mereka belajar secara berkumpulan. Mereka boleh berkomunikasi dengan baik dan gemar bercakap dengan orang lain.

  1. pandai membaca emosi orang lain dengan mudah.
  2. suka mengajar orang lain apa yang telah dipelajari.
  3. suka berkongsian pengetahuan.

4. Secara bersendirian

Tetapi terdapat juga pelajar yang lebih suka belajar bersendirian dengan persekitaran yang tenang. Kebiasaannya, pelajar-pelajar jenis ini pandai menguruskan matlamat dan masa mereka. Ciri-ciri lain pelajar ini:

  1. Biasanya pendiam kalau berada dalam aktiviti berkumpulan.
  2. Akan cuba dan mencari tempat yang tenang dan selesa untuk belajar.

5. Secara visual

Pelajar visual menggunakan gambar, warna dan imej untuk belajar. Pelajar ini juga mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. gemar menggunakan peta, carta atau graf.
  2. suka membuat garis kasar untuk segala-galanya.
  3. minat teknologi visual.

6. Secara auditori

Pelajar auditori :

  1. lebih suka menghadiri kuliah dari membaca buku rujukan.
  2. membaca dengan kuat agar dapat mendengar nota-nota mereka sendiri.
  3. suka mengambil bahagian dalam perbincangan.
  4. suka aktiviti berbahas.

Sesetengah kanak-kanak mungkin menggunakan lebih dari satu jenis teknik pembelajaran. Ada pula yang mungkin lebih suka menggunakan teknik paling dominan mereka.

Kita perlu sedar bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menuntut ilmu dan jika ibu bapa dan anak tahu teknik yang paling sesuai, ini boleh membantu potensi pembelajaran mereka.

Jika anak hanya menggunakan kaedah yang sama untuk belajar, kita sebagai ibu bapa boleh cuba untuk mendedahkan mereka kepada pelbagai cara lain apabila mengajar di rumah. Ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka untuk memahami apa yang dipelajari di sekolah dengan lebih baik.

Sebenarya, tidak ada teknik yang betul atau salah, tetapi apabila anak didedahkan kepada pelbagai jenis teknik pembelajaran, ini boleh:

  1. meningkatkan pemikiran kritikal.
  2. membolehkan mereka untuk membuat pilihan mereka sendiri.
  3. memperluaskan pandangan mereka tentang cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah.
  4. membangunkan idea-idea baru dari perspektif yang berbeza.

Kemahiran ini yang dipupuk sekarang tidak akan hilang selepas tamat persekolahan, sebaliknya, mereka boleh menggunakannya teknik-teknik ini apabila mereka memulakan kerjaya pada masa depan.

Sumber: Integrated Learning Strategies

 




KALENDAR BUKU PRIMA